Kek Buah Pic ( Peach Cake)

0 comments

Kek Buah Pic ( Peach Cake)


250g sponge cake mixed
4  Eggs
50ml water
50ml corn oil

Ingredients B
10 pieces canned peach
(cut into cubes)
adequate peach juice

Ingredient C
300g whipping cream

Ingredients D
1/2 tbsp
50ml Boiling water
(Mix well with gelatin powder)

Decoration
some peach pieces

Method
1. Sponge Cake: Whisk ingredients
A(except corn oil)till fluffy and color turn light. Do not over blend.Add in corn oil. Mix well. Pour the batter into a 20cm (8") lined and greased tin. Bake at 170"c for 35 to 50 minutes.Remove from heat and leave to cool.Cut the cake into 3 layers.
2. Blend ingredients B. Add in ingredient D and mix well.
3. Whisk ingredients C until stiff. Mix well with ingredients B and D.
4. Apply peach cream mixture and some peach cubes on every cake and stack up neatly. Chill for 30 minutes.
5. Cover the cake with cream and
decorate with remaining peach. Serve.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kek Buah Pic
Bahan-bahan A (Kek Span)
250g campuran kek span
4 biji telur
50ml air
50ml minyak jagung

Bahan-bahan B
10 keping buah pic dalam tin
jus buah pic secukupnya

Bahan C
300g krim putar

Bahan-bahan D
1/2 sudu besar serbuk gelatin
50ml air didih (campur dengan serbuk gelatin)

Hiasan
Kepingan buah pic secukupnya

Cara-cara Membuatnya:

1. Kek Span: Pukul bahan-bahan A (kecuali minyak jagung) sehingga menjadi gebu dan ringan. Jangan pukul bahan-bahan tadi terlalu lama.Campurkan dengan minyak jagung hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang berukuran 20cm (8 inci) . Alaskan acuan tadi dengan kertas minyak dan digriskan. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 35-50 minit. Keluarkan dan sejukkan.Potong kek kepada 3 lapisan.

2.Pukul bahan-bahan B. Masukkan bahan-bahan D dan gaul hingga sebati.
3.Pukul bahan C sehingga adunan menjadi kental. Campurkan dengan bahan-bahan B dan D.
4.Sapukan campuran krim dengan sedikit kepingan buah pic pada setiap lapisan kek dan susun dengan kemas. Sejukkan didalam peti sejuk selama 30 minit.
5.Sapukan kek dengan krim dan hiaskan dengan lebihan buah pic. Sedia untuk dihidangkan.

Kabsah Rice with Lamb Rack

0 comments

Recipes Of Kabsah Rice with Lamb Rack

Ingredients
1- Basmathi Rice of your Choices 3 cups
2- Lamb Rack Clean 10 Numbers
3- Arabic Mix Spices 2 Table Spoon
4- Ground Cardamom ½ Teaspoon
5- Turmeric 1 Teaspoon
6- Coriander Powder 1 Teaspoon
7- Salt 1 Teaspoon
8- Black Pepper Ground ½ Teaspoon
9- Black Pepper Crushed 1 Teaspoon
10- Cooking Oil or Arabic Olive Oil ¼ Cup
11- Onion Small Dice 2 Big Numbers
12- Tomato Small Dice 3 Big Numbers
13- Green Chilies 2 Numbers
14- Bay Leaves 4 Numbers
15- Dry Lemon ( From Arabic Shop ) 4 Numbers
16- Whole Cardamom 10 Numbers
17- Whole Cloves 10 Numbers
18- Cinnamon Stick 1 2.5 cm or 3 cm
19- Mix Nuts As you wish 1 Hand Full
20- Chopped Parsley or Fresh Coriander ½ Hand Full

How To Cook :-

1- Wash the Rice few times and soak in the water for 30 minuets
2- Place in all the spices in a small Dish Cardamom, Turmeric Coriander salt pepper and Arabic Spices mix well.
3- Take half of the mix spices and add it in to the lamb Rack and pan fry it till cold color Sear it only
4- In large Pot heat the Olive Oil or Cooking Oil over medium heat add the onions and cook it till nice color.
5- Add the Rest of the Mix Spices, Tomato, peppers, Bay Leave, Dry Lemon, Cardamom, Cloves, Green Chilli, and Cinnamon and mix with onion
6- Add 4 1/2 Cups of water or stock and add the clean Rice 3 cups add the lamb Rack on the top and let it boil for about till the water is vibrated then reduce the heat very small fire and cover the pot keep eye on the pot for about 15 minutes.
7- After the rice is cooked take the lamb rack at the side and arrange the Cooked Rice in a large Dish and place all the lamb Rack on the top of the rice and garnish it with Fried Almond and chopped parsley.

By Chef Ammar

Biskut Lapis Domino

0 comments

Biskut Lapis Domino
Bahan A:

200g mentega tidak bergaram
135g gula aising
2 biji kuning telur
20g susu
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
200g tepung serbaguna
10g serbuk kastard
20g tepung jagung
20g susu tepung
3g serbuk penaik


Bahan C:
20g pes coklat
1 bungkus Nescafe 3 in 1

Bahan D:
1 biji telur untuk disapu

Cara-cara :

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur dengan bahan-bahan C sehingga rata dan sebati. Satu bahagian doh dibiarkan kosong.
4. Canaikan setiap doh dengan ketebalan 5mm. Lekatkan coklat dan doh kosong dengan menggunakan bahan D.
5. Potohg kepada segi empat tepat dan gunakan bahan D sebagai bahan pelekat untuk setiap potongan.
6. Simpan doh di dalam peti sejuk hingga keras sebelum dipotong dengan ketebalan 3mm.
7. Letakkan Biskut Lapis Domino di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit

Biskut lapis Batik

0 comments

Biskut lapis Batik

Bahan-bahan A
225g mentega tidak bergaram
175g gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1g garam

Bahan-bahan B

350g tepung serbaguna
50g susu tepung
50g tepung jagung
3g  serbuk penaik

Bahan-bahan C
1 biji telur untuk disapu pada permukaan biskut

Bahan-bahan D
Badam panjang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan E
pewarna coklat, pewarna hijau

Cara
1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan
sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadidoh.
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian, satu bahagian dicampur dengan pewarna hijau, satu bahagian dicampur dengan pewarna coklat, dan satu bahagian lagi dibiarkan kosong.
4. Canaikan setiap doh dengan ketebalan
5mm yang mempunyai kelebaran 2cm. Gunakan bahan C untuk melekatkan doh-doh berwarna.
5. Sapukan doh dengan bahan C dan canaikannya ke dalam bahan D.
6. Simpan didalam peti sejuk sehingga keras sebelum dipotong dengan ketebalan 3mm.
7. Letakkan Biskut lapis Batik di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar  Biskut lapis Batik di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Kacang bersalji

0 comments

Biskut Kacang bersalji

Bahan A:
150g mentega tidak bergaram
75g marjerin
50g mentega kacang tanah
150g gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
20g krim segar

Bahan B:
300g tepung serbaguna
50g susu tepung
35g tepung jagung

Bahan C:

150g kacang tanah goreng (dihancur halus)

Bahan D:

Serbuk salji atau gula aising untuk hiasan

Cara menyediakan:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan campurkan bersama bahan-bahan C sehingga menjadi
doh.
3. Ambil 20g doh dan bentukkannya dengan menggunakan tangan.
4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.
5. Biarkan ia sejuk dan golekkan ke dalam bahan D.Siap...senang aje

Biskut Susu Mentega

0 comments

Biskut Susu Mentega
Bahan A:
250g mentega tidak bergaram
150g gula aising
1 sudu teh esen vanila
25g susu pekat manis
1g garam

Bahan B:

300g tepung serbaguna
50g susu tepung
30g tepung jagung

Bahan C:

Duit siling coklat untuk hiasan

Cara-cara:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.
3. Masukkan doh ke dalam beg biskut yang mempunyai lubang paip.
4. Paipkan doh di atas dulang pembakar yang telah digris dan letakkan bahan C di atasnya untuk hiasan.
5. Bakar Biskut Susu Mentega di dalam ketuhar pada suhu 1 80'c selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Tembikai

0 comments

Biskut Tembikai

Bahan A:

250g mentega tidak bergaram
2 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
130g gula aising
1g garam

Bahan B:
350g tepung serbaguna
50g susu tepung
80g tepung jagung
3g serbuk penaik

Bahan C:

Beberapa titis pewarna merah
50g bijan hitam

Bahan D:

Beberapa titis pewarna hijau

Cara-cara :

1. Pukul bahan-bahan B sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan bahan A sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan bahan-bahan C, satu bahagian dicampur dengan bahan D, dan satu bahagian lagi dibiarkan kosong.

4. Canaikan doh merah kepada bentuk bulat dan balut dengan doh kosong serta doh hijau. Simpan dalam peti sejuk beku sehingga keras.
5. Potong doh kepada dua bahagian dan potong dengan ketebalan 3mm.
6. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Bunga Daisi

0 comments

Biskut Bunga Daisi/Daisy

Bahan A:

250g mentega tidak bergaram
125g gula aising
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
10g susu
1g garam

Bahan B:

300g tepung serbaguna
25g badam goreng (dikisar)
25g tepung hunkwee

Bahan C:

1 biji putih telur
220g gula aising
1 - 2 sudu besar jus limau
pewarna (mengikut citarasa)

Cara-cara membuat Biskut Bunga Daisi:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.

3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan potong dengan alat pemotong biskut.

4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.

5. Biarkan ia sejuk sebelum dihiaskan dengan bahan-bahan C.

6. Simpan Biskut Bunga Daisi di dalam bekas kedap udara.

Biskut Aiskrim

0 comments

Biskut Aiskrim 

Bahan A:
150g mentega tidak bergaram
1 sudu teh esen vanila
85g gula aising
1g garam
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan B:

230g tepung serbaguna
50g tepung jagung
25g tepung susu
25g badam goreng (dikisar)


Bahan C:

1 biji putih telur
220g gula aising
1 - 2 sudu besar jus limau
Beberapa jenis pewarna (mengikut citarasa)

Bahan D:

Beras berwarna-warni

Cara-Cara membuat Biskut Aiskrim :

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan
sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan B sehingga menjadi doh.
3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan potong dengan menggunakan alat pemotong biskut.
4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama lebih kurang 20 minit.
5. Gaulkan bahan-bahan C sehingga rata dan sebati.
6. Celup biskut didalam bahan-bahan C.
7. Taburkan dengan sedikit bahan D untuk hiasan.

Makarun Badam

0 comments

Makarun Badam
Sumber: Resepi Chef Wan untuk bulan ramadhan

BAHAN-BAHAN Makarun Badam:
 
Serbuk badam             180 g
Garam                     ½ sudu teh
Gula pasir             200 g
Putih telur             2 biji, besar
Esen vanila             ½ sudu teh
Badam untuk hiasan     Beberapa keping


 CARA buat Makarun Badam:

1.Masukkan serbuk badam dan gula di dalam mangkuk dan sebatikan.

2.Pukul putih telur bersama garam di dalam mangkuk lain sehingga pejal, tetapi tidak kering. Tambahkan esen vanila dan kaup serta balikkan adunan badam sehingga sebati.

3.Sudukan adunan di atas dulang yang dialas dengan kertas pembakar dan jarakkan di antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang. Hiaskan Makarun Badam dengan kepingan badam dan bakar pada suhu 170°C selama 15–20 minit atau sehingga keemasan. SejukkanMakarun Badam  dan simpan.

Biskut Nenas Bunga Ros

0 comments

Biskut Nenas Bunga Ros
Bahan-bahan A
40g margerin
70g mentega tidak bergaram
30g gula aising
1 sudu teh esen vanila
1g garam

Bahan-bahan B
1 biji kuning telur

Bahan-bahan C
140g tepung serbaguna
30g susu tepung
20g tepung jagung

Bahan-bahan D
Inti nanas

Bahan-bahan E
1 biji kuning telur
2 sudu besar air

Cara menyediakan Biskut Nenas Bunga Ros:
1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.

2. Masukkan bahan-bahan B dan pukul sehingga gebu.

3. Bahan-bahan C diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan-bahan di atas sehingga rata dan sebati.

4. Ambil 10g doh dan balut dengan bahan D. Bentukkannya dengan bentuk bunga
ros dengan menggunakan alat khas untuk membuat corak bunga ros dan letakkannya
di dalam cawan kertas.

5. Sapu permukaan dengan bahan E sebelum bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c
selama lebih kurang 20 hingga 25 minit, atau sehingga warna bertukar kepada kuning
keemasan.

Biskut Coklat Parcel

0 comments




Biskut Coklat Parcel

Bahan A:

225g mentega tidak bergaram
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
20g susu pekat manis
Secubit garam
175g gula aising

Bahan-bahan B
130g tepung serbaguna
20g susu tepung
20g tepung jagung
20g pes coklat
20g tepung koko

Baham-bahan C
150g tepung serbaguna
20g susu tepung
20g tepung jagung

Bahan-bahan D
Coklat cair untuk hiasan

Cara-cara buat Biskut Coklat Parcel:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.
2. Bahagikan bahan-bahan A kepada 2 bahagian adunan.
3. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demisedikit ke dalam salah satu adunan sehingga menjadi doh.
4. Bahan-bahan C diayak dan masukkan ke dalam adunan yang lain sehingga menjadi doh.
5. Canaikan setiap doh dengan ketebalan 3mm dan bentukkannya dengan bentuk segi empat tepat.
6. Lekatkan doh kosong dan coklat antara satu sama lain dengan menggunakan air.
7. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.
8. Biarkan Biskut Coklat Parcel sejuk. Kemudian paipkan bahan D di atas Biskut Coklat Parcel untuk hiasan..Siap..Biskut Coklat Parcel

Biskut Cincin Pistachio

0 comments

 
Biskut Cincin Pistachio

Bahan A:
150g mentega tidak bergaram
100g gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
Secubit garam

Bahan B:
200g tepung serbaguna
20g tepung jagung
20g susu tepung
1g serbuk penaik

Bahan C:

Coklat putih cair

Bahan D:

Coklat cair

Bahan E:

Kacang pistachio goreng untuk hiasan

Cara penyediaan Biskut Cincin Pistachio:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan
sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.

3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan
potong dengan menggunakan alat pemotong
biskut.

4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c,sederhana lebih kurang 20 minit.

5. Celup biskut ke dalam bahan C.

6. Paipkan bahan D diatas permukaan biskut dan taburkan dengan sedikit bahan E untuk hiasan.

 

Biskut Badam Coklat

0 comments

 
Biskut Badam Coklat

Bahan A
150g mentega tidak bergaram
180g gula perang
1 sudu teh esen vanila
20g pes coklat
1 biji telur
Secubit garam
159 susu segar

Bahan B:

290g tepung serbaguna
3g serbuk penaik
2g serbuk soda
100g badam goreng (dikisar)

Bahan C:
Coklat cair

Bahan D
Badam goreng untuk hiasan


Cara-cara Membuat Biskut Badam Coklat:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan ringan.
2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A
sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan canaikan doh tersebut kepada bentuk memanjang. Letakkan di atas
dulang pembakar yang telah digris.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.
5. Biarkan ia sejuk sebelum dicelup ke dalam coklat cair.
6. Paipkan coklat cair di atas permukaan biskut sebagai hiasan dan tabur bahan D di atasnya.
7. Letakkan Biskut Badam Coklat di dalam cawan kertas sebelum dihidangkan.

 

Biskut Hati Berperisa Kopi

0 comments

Biskut Hati Berperisa Kopi

Bahan A
110g mentega tidak bergaram
90g gula aising
10g pes kopi
3g campuran kopi segera
10g pes espreso
1 biji kuning telur
Secubit garam

Bahan B
24Og tepung serbaguna
3g serbuk penaik
1g serbuk soda

Bahan C
Coklat cair

Bahan D
Badam goreng (dikisar halus)

Cara membuat Biskut Hati Berperisa Kopi:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan campurkan dengan bahan-bahan A sehingga menjadidoh.

3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan
potong dengan menggunakan alat pemotong
biskut.

4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 minit.

5. Ambil bahan C untuk melekatkan bahan D di atas permukaan biskut.

Nota: Jika anda ingin membuat biskut dengan warna yang lain, anda boleh membuat doh lain, kecualikan semua bahan-bahan berkaitan kopi.

Serunding/sambal Daging Kelantan

0 comments

Resepi Serunding/sambal Daging  Kelantan

Bahan-bahan:
150 gm daging lembu, hiris nipis melawan jalur (daging segar lebih enak serta lembut)
1 cawan kelapa parut
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar – dibakar tanpa menggunakan minyak
3 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh udang kering (*bahan pilihan)
2 sudu makan asam jawa
Garam gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering sampai lumat.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau biar rata. Jika kuah sudah kering sebelum daging empuk, masukkan lagi air mendidih secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masak dengan menggunakan api kecil/ sederhana sehingga kering dan daging menjadi empuk.
5. Masukkan jus asam jawa dan kacau sehingga kering
6. Gaulkan sehingga menjadi kering dan hidangkan.
 
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan bersama nasi himpit, ketupat,  lemang atau waktu bersahur

Biskut Badam Bercorak

0 comments

 
Resepi Biskut Badam Bercorak

Bahan A:
225g mentega tidak bergaram
125g gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
10g tepung badam

Bahan B:
250g tepung serba guna
30g tepung jagung
30g susu tepung
100g badam goreng (dikisar)
5g serbuk penaik

Bahan C:
250g gula aising
1 biji putih telur
1 sudu besar jus limau

bahan D:
Coklat cair untuk hiasan

Cara-cara membuat Biskut Badam Bercorak:

1. Pukul bahan A sehingga gebu dan ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan A sehingga menjadi doh.

3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan potong dengan menggunakan alat pemotong biskut.

4. Letakkan diatas dulang pembakar yang telah digris. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180'C , selama 20 minit.

5. Campurkan bahan C dan kacau sehingga sebati dan ratakan diatas permukaan biskut selepas biskut sejuk. Paipkan coklat cair diatas sebelum aising menjadi keras.
6. Simpan Biskut Badam Bercorak dalam bekas kedap udara.

 

Biskut Mangkuk Bersalut Coklat

0 comments

Biskut Mangkuk Bersalut Coklat


 

Bahan-bahan A
100g mentega tidak bergaram
60g gula aising
20g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
110g tepung serbaguna
50g tepung jagung

Bahan C:
Kacang tanah yang dihancur halus sebagai inti

Bahan D:

20g pes coklat

bahan E:

Coklat cair

Cara-cara :

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, doh bahagian pertama dicampurkan dengan bahan D. Doh kedua dibiarkan kosong.

4. Balut sedikit doh kosong dengan bahan C dan bentukkannya dengan bentuk bebola.

5. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan
potong doh dengan menggunakan acuan berbentuk bulat. Letakkan di bawah doh kosong.

6. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20minit.

7. Paipkan coklat cair di atas biskut selepas biskut sejuk.Siap...

 

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes