Resepi Kekapis ‘Pan Seared

0 comments

Resepi Kekapis ‘Pan Seared
Oleh:  Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.        

Bahan-bahan Kekapis ‘Pan Seared’:
        * Kekapis
        * Garam Laut Halus

          Bahan-bahan Salsa Mangga:
        * Mangga Muda dan Mangga Matang (dipotong dadu)
        * Cuka
        * Gula
        * Garam
        * Lada Hitam
        * Bawang Besar Kuning (dipotong dadu)


      Bahan-bahan Salsa Ketumbar bersama Buah Belimbing:
    * 1 pucuk Daun Ketumbar (dicincang halus)
    * 1 biji Bawang Merah Besar (dipotong dadu halus)
    * ½ biji Belimbing (dipotong dadu halus)
    * Lada Hitam (dihancurkan)
    * Gula dan Garam
    * Jus Lemon

      Bahan-bahan Salsa Cili:
    * 2 biji Cili Hidup (dipotong dadu halus)
    * 6 biji Bawang Putih (dilenyekkan)
    * 2 biji Bawang Merah Besar (dipotong dadu halus)
    * Gula dan Garam
    * Jus Lemon

      Bahan-bahan Salad Aragula dengan Jus Lemon (Lemon Dressing):
    * Lemon (jus dan kulit Lemon)
    * Minyak Neuvida
    * Salad Aragula
    * Garam dan Gula

      Cara-cara penyediaan Kekapis ‘Pan Seared’:
    * Taburkan garam ke atas kedua-belah kekapis.
    * Panggangkan kekapis dengan pantas diatas kuali rata yang telah dipanaskan (Pan Seared Method).
    * Setelah masak (jangan terlebih masak), ketepikan.


      Cara-cara penyediaan Salsa Mangga:
    * Perapkan mangga bersama cuka, gula, garam dan lada hitam.
    * Campurkan mangga yang telah diperapkan tadi dengan bawang besar kuning.
    * Toskan dan ubah rasa ikut cipta rasa.


      Cara-cara penyediaan Salsa Ketumbar bersama Buah Belimbing:
    * Campurkan daun ketumbar, bawang dan buah belimbing dalam satu mangkuk dan gaulkan.
    * Kemudian masukkan jus lemon bersama campuran daun ketumbar tadi dan gaul sehingga sebati.
    * Ubah rasa dengan menggunakan Lada hitam, gula dan garam secukup rasa.


      Cara-cara penyediaan Salsa Cili:
    * Campurkan kesemua bahan dan ubah rasa dengan garam, gula dan jus limau.
    * Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.


      Cara-cara penyediaan Salad Aragula dengan Jus Lemon:
    * Untuk ‘Lemon Dressing’, perahkan jus lemon dan campurkan dengan kulitnya.
    * Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ia diperap.
    * Kemudian, masukkan jus lemon bersama kulit lemon tadi bersama minyak neuvida kedalam mesin pengisar. Ubah rasa dengan garam dan gula.
    * Hidangkan dengan Salad Aragula Segar yang telah disejukkan.


Resepi Karamel Krim

0 comments

Resepi Karamel Krim
Oleh:  Kumpulan Merah: Zahin(Ketua Kumpulan), Zamir, Zuraidah, Saiful, Kamaruzzaman, Ezani, Deena, Ary Malik

Bahan-bahan Karamel:
        * 350gm Gula
        * 4 sudu besar Air

          Bahan-bahan Krim:
        * 600ml Susu Segar
        * 1.5liter Krim
        * 16 biji Telur
        * 160gm Gula Kastor
        * Esen Vanila

      Cara-cara penyediaan Karamel:
    * Masukkan gula dan air ke dalam kuali dan biarkan sehingga cair dan warna keperangan.
    * Kemudian masukkan karamel tersebut ke dalam bekas acuan.


      Cara-cara penyediaan Krim:
    * Panaskan susu segar dengan krim dan telur. Masak seketika.
    * Kemudian masukkan adunan tersebut kedalam bekas acuan yang telah diletak karamel tadi.
    * Masukkan air ke dalam periuk/kuali biarkan mendidih.
    * Kemudian masukkan bekas acuan yang mengandungi krim dan karamel tadi kedalam kuali/periuk yang berisi air tadi.
    * Biarkan krim karamel masak selama 35 minit dalam suhu 180°c.
    * Apabila sudah karamel krim sudah masak, keluarkan dari bekas acuan dan hidangkan di atas pinggan.
    * Sedia untuk dihidangkan.


.

Resepi Rusuk Kambing Panggang

0 comments

Resepi Rusuk Kambing Panggang
Oleh :   Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.       

Bahan-bahan Rusuk Kambing Panggang:
        * Tulang Rusuk Kambing
        * ‘Mustard’
        * Garam
        * Lada Hitam
        * Rosemary
        * Bawang Putih

          Bahan-bahan Bawang Putih ‘Confit’:
        * 3 biji Bawang Putih
        * Garam dan Lada Hitam
        * Minyak Neuvida


      Bahan-bahan Kentang Lenyek:
    * 12 biji Kentang
    * 100gm Mentega
    * 125ml Krim
    * Garam

      Bahan-bahan Asparqagus Panggang:
    * Asparagus
    * Lada
    * Garam
    * Minyak Neuvida
    * Lemon

      Cara-cara penyediaan Rusuk Kambing Panggang:
    * Bersihkan rusuk kambing sehingga tulang rusuk bersih.
    * Kemudian potong daging kambing yang tidak rata sehingga kelihatan kemas.
    * Perakan rusuk kambing dengan ‘mustard’, garam dan lada sulah sehingga 45 minit.
    * Setelah diperapkan, ikat rusuk kambing.
    * Panaskan kuali dan masak rusuk kambing sehingga garing sedikit.
    * Panaskan ketuhar pada suhu 220°c selama 15 minit.
    * Letakkan rosemary dan bawang putih diatas dulang untuk memanggang dan kemudian letakkan rusuk kambing diatasnya.
    * Masak rusuk kambing tersebut pada suhu 220°c pada 10 minit pertama. Kemudian turunkan suhu kepada 180°c dan biarkan ia masak selama 10 minit.
    * Setelah masak, keluarkan rusuk kambing dari ketuhar dan rehatkan selama 10 minit.
    * Potong rusuk kambing dan sedia untuk dihidangkan.


      Cara-cara penyediaan Bawang Putih ‘Confit’:
    * Bawang Putih yang telah dikupas kulitnya di campurkan dengan garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
    * Kemudian masukkan bawang putih tersebut ke dalam dulang membakar dan tuangkan minyak sehingga menutupi bawang.
    * Masukkan kedalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°c selama 40 minit.


      Cara-cara penyediaan Kentang Lenyek:
    * Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya dan tambah sedikit garam. Rebus sehingga kentang lembut.
    * Apabila kentang telah masak dan lembut, toskan.
    * Lenyekkan kentang dan campurkan mentega, krim dan bawang putih ‘confit’.
    * Lenyekkan kesemua sehingga sebati.
    * Ubah rasa dengan garam.


      Cara-cara penyediaan Asparqagus Panggang:
    * Buangkan serat pada asparagus dan rendamkan di dalam ais.
    * Tapis dan tambahkan lada, garam, minyak neuvida dan sedikit lemon.
    * Perapkan selama 40 minit dan panggang sehingga masak. Pastikan ia tidak masak terlalu lama untuk mengekalkan keranggupan asparagus tersebut.



Resepi Kek Tiramisu

1 comments

Resepi Kek Tiramisu
Oleh : Chef Riz       

Bahan-bahan:
        * 3 BijiTelur
        * 6 sudu the gula
        * 10 gram serbuk gelatin
        * 40ml air panas
        * 175 gram Keju Mascarpone
        * 175 gram Krim Keju
        * 250 ml Krim Memasak
        * Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
        * Jejari biskut Span
        * Serbuk Koko
        * Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla

      Cara-cara memasak:
    * Asingkan kuning telur dan putih telur

      Adunan 1:
    * Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
    * Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

      Adunan 2:
    * Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

      Adunan 3:
    * Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

    * Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
    * Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
    * Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
    * Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
    * Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
    * Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
    * Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
    * Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
    * Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
    * Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

Resepi Ikan Gerang Asam

0 comments

Resepi Ikan Gerang Asam
Oleh: Chef Florance   

  Bahan-bahan:
        * 175ml Minyak Masak
        * l.1l Air
        * 70g Asam Jawa/Air asam
        * 900g Ikan Pari (dipotong kepingan, 5cm lebar)
        * 3 helai Daun Kesum
        * 1 kuntum Bunga Kantan
        * 2 sudu teh Gula
        * ½ sudu besar Serbuk Ikan Bilis
        * 15 batang Kacang Bendi (dibuang tangkai dan dipotong menyerong)

          Bahan-bahan Kisar Halus:
        * 30 tangkai Cili kering
        * 300g Bawang Merah
        * 3 ulas Bawang Putih
        * 7 biji Buah Keras

    * 2 cm Kunyit Hidup
    * 2.5cm Lengkuas
    * 4 batang Serai
    * 1 ½ sudu teh Serbuk Belacan
    * Hiasan:Daun Limau Purut, hirisan Cili dan Daun Bawang

      Cara-cara penyediaan:
    * Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    * Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    * Selepas itu, masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renehkan selama 8 minit.
    * Besarkan api dan masukkan perasa dan ikan pari. Biarkannya selama 5 minit.
    * Selepas itu, masukkan kacang bendi dan masak selama 5 minit.


    * Untuk hidangan: Hiaskan ikan gerang asam bersama daun limau purut, hirisan cili dan bawang, mengikut citarasa.
    * Ikan gerang asam sangat enak dimakan bersama nasi.


Resepi Ayam Panggang Tanjung Biru

0 comments

Resepi Ayam Panggang Tanjung Biru
Oleh : Chef Zam Zam        

Bahan-bahan Ayam Perapan:
        * 160gm Dada Ayam (dikisar)
        * 80gm Isi Udang (dikisar halus)
        * 100gm Bawang Merah (dikisar)
        * 50gm Serai (dikisar)
        * 30gm Halia (dikisar)
        * 50gm Asam Boi Merah (dikisar)
        * 1 biji Cili Merah (dicincang halus)
        * 1 biji Cili Hijau (dicincang halus)
        * 30gm Daun Ketumbar (dicincang halus)

          Bahan-bahan Sos Asam Pedas:
        * 50gm Bawang Merah (dikisar)
        * 30gm Bawang Putih (dikisar)
        * 30gm Serai (dikisar)
        * 30gm Asam Boi (dihiris)
        * 1 batang Cili Merah (dihiris)

    * ½ batang Bunga Kantan (dihiris)
    * 1 sudu besar Asam Jawa (dihiris)
    * 1 pucuk Daun Kesum
    * ½ cawan Santan
    * ½ cawan Air

      Bahan-bahan Sayur Goreng Tepung:
    * 60gm Tepung Jagung
    * 2 biji Telur
    * 60gm Serbuk Kari
    * 2 batang Bendi
    * Garam
    * Lada Sulah
    * 30gm Ketumbar

      Bahan-bahan Kerabu Mayang:
    * ½ biji Timun
    * ½ biji Lobak Merah
    * 1 biji Cili Merah
    * 1 ikat Pucuk Pegaga
    * 1 biji Bawang Merah(bawang kecil)
    * 2 ulas Bawang Putih
    * 1 ikat Pucuk Cekur
    * 30 gm Kelapa Parut
    * 1 sudu teh Serbuk Kunyit
    * 1 biji Ubi Kentang (hiris)

      Cara-cara penyediaan Bahan Sumbat/Inti:
    * Rendam asam boi selama 5 minit shingga lembut dan kembang.
    * Kisar bawang merah, serai, halai, asam boi shingga halus.
    * Di dalam mangkuk kaca, gaulkan bahan kisar, bahan cincang dan isi udang sehingga sebati.
    * Ubah rasa dengan garam dan gula seperti yang dikehendaki.


      Cara-cara penyediaan Dada Ayam:
    * Pastikan kulit masih melekat pada sisi dada.
    * Menggunakan pisau kecil (paring knife), buat lubang (poket) bermula dari bahagian tulang.
    * Sumbat bahan inti sehingga padat.
    * Tutup poket ayam sehingga rapat menggunakan lidi buluh. Ratakan dengan garam, gula, serbuk lada dan sedikit minyak.
    * Sapukan sedikit minyak pada kuali panggang berjalur (grill pan) yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan mulakan memanggang pada bahagian kulit sehingga berjalur dan naik bau.
    * Terbalikkan ayam dan ulangi proses yang sama pada bahagian isi pula.
    * Susun dada ayam diatas dulang keluli panggang(baking tray) dengan bahagian kulit menghadap ke atas. Panggang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 10 minit/ sehingga tahap masak yang dikehendaki.


      Cara-cara penyediaan Sos Asam Pedas:
    * Panaskan minyak dan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun kesum hingga naik bau (sedikit berpeluh).
    * Masukkan hirisan cili merah, bunga kantan dan asam boi.
    * Tambahkan air asam dan didihkan.
    * Sejat sos pada keadaan reneh sehingga likat. Ubah rasa dengan garam dan gula.


      Cara-cara penyediaan Sayur Goreng Tepung:
    * Hiris Bendi melintang (jejari). Ubah rasa dengan garam, lada sulah dan ketumbar.
    * Celup ke dalam bancuhan telur, tepung jagung, serbuk kari. Goreng sehingga ranggup.


      Cara-cara penyediaan Kerabu Mayang:
    * Rendam bahan-bahan mayang didalam air ais selama 10 min sehingga ranggup. Renjiskan dan keringkan. Tutup dengan tisu basah untuk mengekalkan keranggupan dan kesegaran.
    * Gaulkan dengan kelapa parut, cili merah dan pucuk cekur.
    * Hiris nipis kentang yang telah dikupas kulit.
    * Rendam 3 minit di dalam air ais, keringkan sebelum menggoreng.
    * Goreng hingga ranggup. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


Resepi kari Hijau Thai Ikan Haruan

1 comments

Resepi kari Hijau Thai Ikan Haruan
Oleh : Ezani MasterChef malaysia
        
Bahan-bahan:
        * Pes kari hijau
        * 5 biji bawang merah kecil
        * 4 ulas bawang putih
        * 3 cm halia
        * 1 biji limau nipis - untuk diparut kulitnya dan diambil isinya
        * 3 cm belacan
        * 3 batang daun bawang
        * Segenggam daun selasih
        * 3 batang cili hijau
        * 14 biji cili padi hijau
        * 2 cm kunyit hidup
        * 1/2 cawan santan
        * 1/4 cawan minyak
        * 2 cawan air
        * 4 helai daun limau purut
        * 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet
    * Gula
    * Garam
    * Jus limau

Cara-cara menyediakannya:

    * Masak bahan pes kari hijau dalam minyak dan santan hingga garing dan pecah minyak.
    * Masukkan air, daun limau purut dan cili padi.
    * Biar mendidih.
    * Tambah gula, garam dan jus limau secukup rasa.
    * Masukkan ikan dan reneh hingga masak.
    * Hidangkan dengan halia dan bawang putih goreng.

Resepi Paru Goreng Daun Kari

0 comments

Resepi paru Goreng Daun Kari

Bahan-bahan

400gm paru | dipotong
minyak masak
Bawang merah dan putih | dihiris
50gm halia
5gm daun kari
5gm biji rempah
5gm jintan manis
5gm jintan putih
60gm cili giling
80gm tepung jagung
2 biji telur
120gm rempah kari daging
garam secukup rasa
50gm stok ayam

Cara membuat

1. Gaulkan kesemua bahan bersama paru,garam dan stok ayam.kemudian perapkan selama 20 minit.
2. Goreng paru hingga garing.
3. siap untuk dihidangkan.

Resepi Daging Batang Pinang berkicap

0 comments

Resepi Daging Batang Pinang berkicap
Oleh : Chef  Johari       

Bahan-bahan:
        * 150g Daging Batang Pinang
        * 300g Ubi Keledek
        * 100g Kacang Pis Segar
        * 3 batang Baby Kailan
        * 100g Cendawan Butang Segar
        * 1 biji Buah Tomato Segar
        * 1 batang Zucchini (Timun Italy) Hijau
        * 1 batang Zucchini (Timun Italy) Kuning
        * 250g Mentega
        * 4 sudu besar Kicap Cair
        * 2 sudu teh Kicap Pekat
        * 4-5biji Bawang Merah
        * 1 labu Bawang Putih
        * 2 sudu besar Cuka Epal
        * ½ sudu makan Jus Perahan Lemon
        * 2 biji Telur kuning

    * ½ Cawan Krim Segar
    * 1 helai Daun Bay
    * 3-4 biji Lada Putih
    * 3 sudu besar Minyak Neuvida
    * 1sudu besar Kucai Segar (yang telah dihiris)
    * ½ cawan Air Rebusan Daging
    * Lada Hitam (halus yang dikisar)
    * Garam

      Cara-cara penyediaan Daging Batang Pinang:
    * Perapkan daging batang pinang dengan menggunakan kicap pekat dan cair bersama sedikit lada hitam. Cincangkan sekali bawang putih dan perap bersama. Kemudian, masukkan didalam peti sejuk sehingga diperlukan.


      Cara-cara penyediaan ubi keledek:
    * Masukkan air sejuk, ubi keledek, hirisan bawang putih, bawang merah dan sedikit garam secukup rasa serta rebuskan ia sehingga air mendidih.
    * Kemudian keluarkan ubi keledek tersebut dan biarkan sehingga sejuk sedikit, dan kupaskan ubi keledek tersebut.
    * Panaskan krim segar dan kemudian, campurkan sekali bersama ubi kentang untuk dikisar sehingga lumat. Campurkan sekali garam dan lada hitam secukup rasa.
    * Sesudah selesai, keluarkannya dan asingkan.


      Cara-cara penyediaan sayuran untuk hiasan:
    * (Boleh disediakan sementara menunggu ubi direbus) Buangkan kulit baby kailan, potong ia menjadi ukuran 3 inci. Rebus baby kailan tersebut dan masak. Angkat, dan letak didalam air berisi ais.
    * Kelarkan tomato berbentuk silang (x) , kemudian celurkan ia didalam air mendidih sehingga kulitnya menggelupas. Kemudian, angkat tomato tersebut dan rendamkannya didalam air berisi ais. Apabila tomato sudah sejuk, kupas kulit tomato dan potong tomato kepada 4 bahagian. Buang biji tomato tersebut, dan potong tomato berbentuk dadu kecil.
    * Rebuskan kacang pis sehingga masak dan rendamkan di dalam air berisi ais.
    * Zucchini (Timun Itali ) dihiris nipis memanjang.
    * Mayangkan cendawan (tidak terlalu nipis).
    * Panaskan “pans” bersama mentega dan masukkan cendawan. Goreng cendawan dalam tempoh masa ½ minit bersama sedikit kicap cair sebagai penambah rasa sehingga naik bau - tidak lembik dan tidak keras.


      Cara-cara penyediaan Sos 1:
    * Setengah labu bawang putih dicincang halus.
    * Setengah bawang merah dipotong dadu.
    * Panaskan periuk dengan minyak Neuvida, tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi sehingga naik aroma.
    * Masukkan kicap cair dan pekat dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
    * Masukkan air rebusan daging dan ridihkannya sehingga air rebusannya tinggal setengah. Kemudian, kacaukan ia dari semasa ke semasa.
    * Sebelum dihidangkan, tambah mentega sejuk kedalam sos bagi memekatkan lagi tekstur sos.


      Cara-cara penyediaan Sos 2:
    * Masukkan 2 biji kuning telur ke dalam mangkuk still. Biarkan ia sementara.
    * Gunakan 1 “pans” kecil, dan masukkan cuka epal, bawang merah, daun bay, lada putih dan masakkan menggunakan air rebusan sehingga ia menjadi jus, suku banyaknya.
    * Dalam masa yang sama, ambil 1 “pans” kecil yang lain, masukkan mentega 200gm (cairkan ke atas api, sehingga pecah lemak). Biarkan sejuk sehingga lemak mendap dibawah.
    * Kemudian, tuangkan jus rebusan tadi ke dalam kuning telur yang berada didalam mangkuk still dengan menggunakan penapis.
    * Selepas itu, pukulkan adunan tadi sehingga kembang didalam mangkuk keluli tahan karat yang diletak di atas periuk yang di gunakan untuk mencelur sayuran tadi. Teknik ini hanya menggunakan wap panas sebagai sumber haba.
    * Selepas itu, masukkan cairan mentega sahaja, secara perlahan-lahan ke dalam adunan dan pukul adunan secara berterusan sehingga cairan mentega tadi habis.
    * Hasilnya adalah 1 sos yang berkrim dan berlemak. Tambahkan juga sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah perasa. Selain itu campurkan perahan lemon dan hirisan kucai kedalam sos dan gaul sehingga rata.


      Cara-cara penyediaan Daging Batang Pinang:
    * Panaskan kuali pemanggang untuk memanggang daging batang pinang sehingga 1 minit untuk setiap muka daging tersebut (atas bawah).
    * Masukkan dalam oven 150 C selama 5 minit (tempoh masa mengikut citarasa masing-masing).
    * Potong daging batang pinang kepada 6 kepingan.


      Untuk hidangan:
    * Sayur (baby kailan dan kacang pis) yang disejukkan bersama air ais tadi, dicelurkan semula.
    * Di dalam “frying pan” lain, masukkan mentega dan lebihan bawang merah yang dicincang dan kemudian masukkan sayur yang dicelur tadi dan kacau sehingga rata dan asingkan.
    * Tuangkan ubi yang dilenyek tadi keatas pinggan.
    * Susun daging batang pinang yang telah dipotong tadi dan susun didalam pinggan.
    * Kemudian hias bersama sayuran (baby kalian, kacang pis, tomato, cendawan dan Zuchinni) tadi mengikut citarasa, bersama sos 1 dan sos 2.
    * Sedia untuk dimakan.

Resepi Nasi Udang Regency

0 comments

Resepi nasi Udang Regency

bahan nasi:
500gm beras-bersihkan dan toskan
1 biji telur- dipukul
1 sudu besar yogurt biasa
1/2 sudu teh kunyit

bahan kebab udang:
500gm udang sederhana besar
200gm mentega-dicairkan
200gm minyak
4 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh kunyit
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara membuat nasi

1. Cuci beras dan rendam hingga semalaman. toskan airnya.
2. kemudian masak beras dengan air ,sehingga nasi kering.
3. Setelah nasi kering , bahagikan nasi kepada 3 bahagian.
4. Bahagian pertama, digaulkan dengan yougurt.Bahagian kedua digaulkan dengan kunyit. Bahagian ketiga digaul dengan telur.
5. Kemudian masak semula nasi-nasi tersebut dan gaul sebati.
6. hidangkan

cara membuat kebab udang

1. bersihkan udang dan perap dengan garam , lada sulah,jus lemon, dan kunyit. Biarkan seketika.
2. Pukul telur dan campurkan dengn tepung, kacau biar sebati.
3. Celup Udang yang diperap kedalam bancuhan tepung dan telur dan goreng didalam minyak yang banyak.Goreng sehingga warna kekuningan dan toskan.
4. Hidangkan bersama Nasi.
==========================================================================

Resepi Nasi Goreng Ungu

0 comments

Resepi Nasi Goreng Keladi Ungu

Bahan-bahan
2 Mangkuk nasi putih
Segenggam udang kering| Rendam dan toskan
3 ulas bawang merah | di cincang halus
5 ulas bawang putih | di cincang halus
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap cair
20gm cendawan hitam | hiris halus
50gm keladi ungu | dipotong dadu dan direbus empuk

Cara membuat

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama bawang putih.
2. masukkan udang kering dan keladi yang telah direbus. biarkan masak seketika.
3.Akhir sekali masukkan nasi diikuti dengan kicap pekat serta kicap cair, kacau biar rata.
4. Hidangkan bersama papadom

Resepi Aglio olio Dan Sos Rempah Kari

0 comments

Resepi Aglio olio Dan Sos Rempah Kari
Resepi oleh: Zamir Masterchef malaysia        

Bahan-bahan Maggi Aglio Olio:
        * Setengah Bawang Holland (dihiris)
        * Satu sudu besar Daun Bawang
        * 1bungkus Maggi Kari
        * Garam secukup rasa
        * Satu cawan air

          Bahan-bahan Sos:
        * Air Rebusan Maggi
        * Satu sudu besar Mentega
        * Satu sudu besar Tepung
        * 2 sudu besar Krim
        * Garam secukup rasa
        * Secubit Gula

      Bahan-bahan Ayam:
    * 2 paket Rempah Kari Maggi
    * 1 biji lemon
    * Dada Ayam
    * Lada

      Cara-cara penyediaan Maggi Aglio Olio:
    * Rebus Maggi bersama secawan air dan perencah kari sehingga al-dente.
    * Panaskan minyak dan masak bawang Holland sehingga lembut dan masukkan hanya Mee Maggi yang dimasak tadi.
    * Tambahkan daun bawang dan garam.


      Cara-cara penyediaan Sos:
    * Masak mentega dan tepung selama 2 minit sehingga menjadi ‘roux’.
    * Masukkan air rebusan Maggi tadi dan masukkan krim.
    * Tambahkan gula dan garam.


      Cara-cara penyediaan Ayam:
    * Perap ayam bersama rempah kari dan jus lemon dan lada selama seminit.
    * Masak ayam selama 15 minit atau sehingga masak.


Resepi Ayam Masak Stew Ala Malaysia

0 comments

Resepi Ayam Masak Stew Ala Malaysia
Resepi Oleh: Nas Adila

Bahan-bahan:
1 ekor ayam|dipotong 12
2 Biji lobak merah| didadu
3 biji kentang| didadu
2 biji bawang besar|dipotong 4
200ml kicap lemak manis
serbuk lada putih secukupnya
serbuk lada hitam secukupnya
1 liter air
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan
  1. Perap ayam bersama kicap,serbuk lada putih,serbuk lada hitam. biarkan seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak masak didalam periuk. Masukkan ayam yang telah diperap tadi bersama lobak merah,ubi kentang dan air secukupnya. Kacau biar rata hingga mendidih.
  3. Setelah ubi kentang dan lobak merah empuk, masukkan garam secukup rasa dan bawang besar. Gaulkan biar sebati dan biarkan mendidih.
  4. Apabila bawang besar sudah layu, Bolehlah angkat dan hidangkan.

Resepi Daging Batang Pinang dengan Salsa Air Asam

2 comments

Resepi Daging Batang pinang dengan Salsa Air Asam

Resepi Oleh: Kumpulan merah masterchef        

 Bahan-bahan:
        * Tenderloin dibakar perlahan
        * Kuah Percik
        * Air Asam
        * Nasi Putih
        * Salsa

      Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan Tenderloin:
    * Serbuk kunyit
    * Garam dan gula
    * Filet mignon
    * Tali (untuk mengikat filet mignon)
    * Trim filet mignon dari bahagian batang pinang yang lain hingga cantik dan bulat.
    * Ikat dengan tali supaya bahagiannya kekal bulat dan cantik masa memasak.
    * Perapkan seluruh filet mignon dengan kunyit, garam dan gula, selama 1 jam.
    * Goreng dengan sekejap (sear) semua bahagian filet hingga perang dengan suhu yang panas di atas kuali menggoreng.
    * Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 100 darjah celcius selama 45 minit hingga 1 jam.


      Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan Kuah Percik:
    * Cili Kering
    * Serai
    * Bawang Merah Besar
    * Bawang Putih
    * Serbuk Kunyit
    * Santan
    * Kisarkan semua bahan hingga amat halus dengan air.
    * Reneh atas pot untuk selama 1 jam supaya semua bahan jadi lembut.
    * Letakkan gula dan garam secukup rasa.


      Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan Air Asam:
    * Tomato
    * Cili Merah
    * Cili Padi
    * Ketumbar
    * Bawang Merah
    * Stok Udang
    * Air Asam
    * Limau
    * Kisar tomato, cili merah, cili padi, ketumbar dan bawang merah, dengan jus limau dan air asam.
    * Tambahkan gula, garam dan jus limau mengikut cita rasa anda.


      Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan Nasi Putih:
    * Beras Jasmine
    * Serai
    * Halia
    * Tanak nasi dengan serai dan halia.


      Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan Salsa:
    * Potong tomato ceri menjadi dua.
    * Hiris bawang kecil dan cili padi.
    * Koyak daun ketumbar ke serpihan kecil.
    * Semasa menghidang, toskan bersama bahan dengan sedikit air asam dan lobak atas pinggan.


*Pasukan Merah: Ezani (Ketua Kumpulan), Imelda, Amita, Zuraidah, Felix, Saiful, Wahidan, Raymond, Nik Michael,Danial

Resepi laksa Tom Yam Ayam

0 comments

Resepi laksa Tom Yam Ayam
Oleh : Chef Wan

Bahan-bahan

1/2 Ekor Ayam Segar(Ayamas)-di potong kecil
1 Botol pes Tomyam Life
2 camca besar pes Perapan Halia life
3 peket santan, dicampur dengan 8 cawan air sejuk
1 kuntum bunga kantan
1 biji limau nipis

Bahan di mesin halus sehingga menjadi pes:-
1/2 cawan minyak Zaitun
3 helai daun limau purut
6 ulas bawang merah
3 Batang serai
2sm lengkuas
8 Biji Buah keras

Untuk hiasan Laksa:
10 Keping Quickburger Ayamas, Digoreng dan dihiris
segenggam daun pudina , dicincang halus
300gm mee laksa/mi/mi hoon
100gm Taugeh
10 Biji limau Kasturi
1 Biji Timun untuk Hiasan

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan Pes sehingga wangi.
2.Masukkan pes Tomyam,pes Halia dan masak selama 3 minit menggunakan api kecil
3. Masukkan santan,bunga kantan dan ayam segar.
4. Campurkan garam,gula,lada sulah secukup rasa.
5. Hidangkan bersama mi/mee laksa dan hiasan-hiasan lain.

pic credit to:bluetiffin

Apam Madu Gula Hangus

0 comments

APAM MADU GULA HANGUS
Sumber gambar : Nojuzzone
Bahan-bahan
:
1) 1 gelas gula
2) ½ gelas air
3) ½ gelas gula
4) 3 biji telur
5) 1 gelas santan atau susu segar
6) 2 ½ gelas tepung gandum
7) 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara :
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
3) Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4) Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
5) Masukkan adunan kedalam loyang.
6) Kukuskan selama 10 15 minit.
7) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

Gulai Lemak telur Itik Bersama Pucuk Ubi

2 comments

Gulai Lemak telur Itik Bersama Pucuk Ubi
Sumber : Saji

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur itik

1/2 kg pucuk ubi kayu (rebus dan hiris)

2 keping asam gelugur (boleh juga digantikan dengan belimbing buluh)

1 sudu kecil kunyit serbuk

2 cawan santan pekat

1 cawan air



BAHAN TUMBUK:

3 ulas bawang merah

20 tangkai cili padi

3 batang serai

5 ulas bawang merah



CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan semua bahan tumbuk, serbuk kunyit dan tuangkan air.

2. Perlahankan api dan pecahkan telur itik satu persatu.

3. Masukkan asam gelugur, santan pekat dan pucuk ubi.

4. Masukkan garam dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan.

5. Setelah agak pekat, barulah ditutup api dan hidangkan.

Resepi Rendang Daging Wellington

0 comments

Resepi Rendang Daging Wellington 

Resepi Oleh : Chef Norman

Bahan Bahan Utama:
        * Daging Batang Pinang - 500gm
        * Cendawan Butang - 250gm
        * Bayam (berdaun besar, buang batang) - 100gm
        * Puff pastry - saiz 350mm x 250mm
        * Telur Kuning - 2 biji
        * Serbuk cili paprika sebagai hiasan

          Bahan Bahan Sos Lada Hitam dan Cendawan:
        * Krim Pekat - 300ml
        * Lada Hitam (ditumbuk halus) - 1 sudu besar
        * Air - 100ml
        * Cendawan Shitake (direndam dalam air panas supaya jadi lembut dan dihiris halus) - 10 biji

    * Pes Rendang - 2 sudu
    * Garam - ½ sudu

      Bahan bahan Pes Rendang:
    * Serai - 2 batang
    * Bawang Kecil - 4biji
    * Bawang Putih - 2 ulas
    * Lengkuas - ½ inci
    * Cili Kering (direndam dalam air panas) - 10 tangkai

      Bahan Bahan menumis:
    * Daging (dipotong nipis) - 250g
    * Minyak Masak - 4 sudu besar
    * Garam - 1 sudu kecil
    * Gula - ½ sudu besar
    * Santan Pekat - 100ml
    * Kerisik - 2 sudu besar
    * Daun Limau Purut - 4 helai
    * Daun Kunyit (dihiris halus) - 1 sudu besar

      Cara-cara penyediaan Kiev Ayam:
    * Untuk Pes Rendang, tumis bahan – bahan yang telah dikisar dengan empat (4) sudu minyak masak.
    * Goreng hingga naik minyak dan masukkan daging, gula, santan, & garam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kering.
    * Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup api dan keluarkan daging dari rendang. Sejukkan pes rendang.
    * Cincang cendawan halus halus atau masukkan dalam Pengisar Makanan (food processor). Gorengkan ia tanpa minyak, dan goreng hingga kering.
    * Celurkan daun bayam dengan air panas hingga sedikit layu dan keringkan.
    * Hiris daging dari seketul menjadi seketul menjadi sekeping daging. Sapukan pes rendang dan gulung kepingan daging tersebut seperti ‘swiss roll’.
    * Ikat dengan tali supaya bila digoreng, daging yang digulung itu tidak akan terbuka.
    * Goreng selama 5 minit hingga jus daging keluar.
    * Dengan menggunakan ‘cling film’, susun daun bayam yang telah dikeringkan dan taborkan cendawan yang telah digoreng. Kemudian letakkan daging yang telah digoreng(pastikan tali yang digunakan dibuang)
    * Balutkan dengan lapisan cendawan dan bayam dengan menggunakan ‘cling film’. Perap dalam peti sejuk untuk seketika.
    * Tebarkan puff pastry dan sapu kuning telur. Letak daging yang telah diperap bersama bayam dan cendawan. Gulungkan puff pastry dengan kejap.
    * Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur. Taburkan garam dan lada hitam.
    * Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 C selama 15 hingga 20 minit.
    * Sediakan sos dengan menggorengkan cendawan hingga kering. Masukkan krim, pes rendang, air, dan jus daging berlebihan. Masukkan lada hitam dan garam. Masak hingga mendidih.
    * Keluarkan daging setelah masak dan hiris setebal 1 inci dan hidangkan bersama sos yang telah dimasak. Taburkan serbuk cili paprika sebagai hiasan.

BURGER KAMBING KUALA PENYU

0 comments

RESEPI BURGER KAMBING KUALA PENYU  

Resepi Oleh : Khairul Masterchef       

 Bahan-bahan:
        * Daging lembu
        * Bawang Besar
        * Keju Mozarrella (dipotong tebal)
        * Cendawan Butang
        * Tomato (dipotong tebal)
        * Lobak
        * Lemon
        * Minyak
        * Garam dan Lada Sulah/Lada Hitam
        * Roti
        * Sos Tiram

      Cara-cara penyediaan:
    * Kisarkan daging kambing sampai lumat.
    * Kemudian gaulkan daging kambing kisar bersama garam, telur kuning, serbuk lada putih dan biarkan ia diperap seketika.
    * Sementara itu potong sayur, kubis, tomato, timun jeruk, timun mengikut rasa sendiri.
    * Ambil daging yang diperap tadi dan masak.
    * Pada masa yang sama, bakar roti burger. Selepas itu angkat roti burger tersebut.
    * Ambil mayonis dengan keju pemesan dan sapukan atas roti yang dibakar.
    * Ambil sos tomato, sos cili, mayonis dan gaul.
    * Setelah daging masak, letakkan di atas roti burger dan susun semua sayur dengan cantik.
    * Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Puding Sago Dengan Kastad Santan

0 comments

 Bahan-bahan:
        * Sago
        * Agar-agar
        * Air
        * Susu Cair
        * Pati Santan
        * Gula
        * Telur
        * Tepung
        * Daun Pandan
        * Buah-buahan

Cara-cara memasak:

    * Rendam biji sago selama 30 minit atau sehingga biji sago kembang sehingga 2 kali saiz asal.

Resepi Sambal Belacan Mangga

0 comments

Resepi Sambal Belacan Mangga yang menjadi kegemaran penduduk kampung dalam Masterchef..        
Bahan-bahan Sambal Belacan Mangga:
        * Cili Merah
        * Cili Merah - 30 tangkai
        * Mangga - 2 ½ biji
        * Bawang Besar - 2 biji
        * Bawang Putih - 3 ulas
        * Halia - 4cm
        * Garam
        * Gula
        * Jus Limau Kasturi
        * Belacan
        * Udang Kering - dibakar

      Bahan-bahan Sos Cili Istimewa:
    * Cili merah - 30 tangkai

Resepi Ikan Fillet Dengan Dumpling

0 comments

      Berikut adalah resepi dari siri Masterchef Malaysia iaitu Resepi Ikan Fillet Dengan Dumplin yang di sediakan oleh Chef Zubir   

        Bahan-bahan:
        * 1 filet IkanMerah
        * 4 ketul Udang Harimau (dibuang kulit) (saiz 16/20)
        * 2 biji bawang besar (di cincang halus)
        * 6 ulas bawang putih (di cincang halus)
        * 1 batang serai (di cincang halus)
        * ½ biji cili padi (di cincang halus)
        * 1 biji cili merah (di cincang halus)
        * 3gms daun ketumbar (di cincang kasar)
        * 1 helai daun limau (di cincang halus)
        * 350 gm daun bayam
        * 20 gm BungaKuchai (di hiris halus)
        * 2 bijibuah tomato cherry (di potong 4)
        * 10ml jus limau

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes