Resepi Colek Buah Dan Kerang

Resepi Colek Buah Dan Kerang
Makanan ini sesuai dimakan selepas solat terawikh di bulan ramadhan

Bahan-bahan untuk Colek Buah:-
1 biji Buah Jambu Batu/Guava
1/2 Biji Nenas
1 Biji Buah Limau Bali

Bahan untuk Colek
Cili padi segenggam(ikut citarasa,kalau mahu pedas,letak banyak)
1kg gula perang
1 botol kicap pekat masin(saiz kecil)
1 botol sos cili(saiz kecil)
1/2 cawan cuka-ikut kesesuaian
Sedikit belacan (sebesar 2 ibu jari)
Segelas air
Kacang yg telah digoreng & ditumbuk halus
Bijan

Cara membuatnya:
1.Kisar cili api bersama kicap dan cuka
2.Bahan2 yg dikisar tadi,masukkan ke dalam periuk.
Masukkan sos cili,gula perang dan air.Panaskan diatas api yg kecil.
Sentiasa kacau sehingga pekat.
3.Bila sudah pekat,matikan api.Masukkan kacang tumbuk beserta bijan utk menyedapkan rasa.
4.Dah siap utk dimakan bersama buah-buahan.

Bahan-bahan untuk colek kerang
1-2 kg kerang- basuh dan toskan
1 batang serai
sedikit garam
4 ulas Bawang putih
Air

cara menyediakannya
-Masukkan kerang dan semua bahan yang diatas kedalam periuk , rebus lebih kurang 15 minit. setelah masak, toskan dan siap untuk dihidangkan bersama sos pencicah (sila rujuk resepi sos pencicah)
-Selamat menjamu selera.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes