Resepi Tat Kelopak
resepi dari : Kosmo
Tat kelopak menarik kerana bentuknya seperti bunga, tat kelopak ini memang sedap. Jangan tunggu musim perayaan untuk membuatnya. Tidak seperti tat gulung atau dikenali juga sebagai Biskut Nastar, tat kelopak agak mudah dibuat.
Anda hanya perlukan acuan berbentuk bunga pecah enam. Ini bermakna, ia mempunyai enam kelopak di sekeliling. Jika acuan bunga pecah lapan, bermakna kelopaknya lebih kecil. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kelopak begini mudah patah bila diubah dari papan pencanai ke dalam acuan.
Anda juga mesti sediakan tin patty yang mempunyai lubang-lubang kecil. Alas setiap satu dengan kertas atau mangkuk kek. Pilihlah yang sama saiz dengan lubang dan bercorak menarik. Dengan cara itu sahaja, tat akan terbentuk dengan elok. Berikut adalah resepi tat kelopak.....
120 gm Margerin
120 gm Mentega
60 gm gula Aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum diayak
50 gm tepung jagung diayak
Bahan Jem Nenas
450 gm parutan nenas- tapis
1 camca besar jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis
Cara membuat
1. Pukul margerin,mentega,gula,kuning telur dan vanila hinga sebati.
2. Masukkan bayan ayak, gaul rata menjadi doh
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas.
5. Tekan jem yang sudah di bentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit atau hingga warna keemasan.
8. Untuk Jem, jerang semua bahan atas api sederhana hingga kering, angkat dan biar sejuk.
Harus diingat bahawa biskut tat mesti dibiarkan sejuk di atas redai sebelum disimpan. Ini akan memastikan ia tahan lama dan tidak lemau atau masuk angin. Jenis biskut yang mempunyai campuran kacang juga tidak boleh dicampur dengan biskut biasa tanpa kacang. Alaskan setiap lapisan tat dengan kertas kalis minyak supaya tidak melekat.Selamat mencuba!












0 comments:
Post a Comment