Resepi Ayam Lemon
Berikut adalah resepi dari Restoran Mohd Chan Abdullah iaitu Ayam Lemon:-
Bahan-bahan
1 Keping ayam
3 sudu sos Lemon
2 sudu perahan limau kasturi
Bahan Untuk Salutan
1 sudu tepung jagung
2 sudu tepung ubi
1/2 sudu tepung kek
1/2 sudu tepung naik sendiri
Bahan Untuk Perasa
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit stok ayam
sedikit lada sulah
Cara membuat
- Bersihkan ayam dan perapkan dengan bahan perasa selama 5 minit
- kemudian , gaulkan dengan pelbagai jenis tepung yang telah dibancuh bersama air, Goreng hingga berwarna keemasan. Potong kecil.
-Siramkan ayam yang telah di goreng dengan sos lemon dan perahan limau kasturi. sedia untuk di nikmati...













0 comments:
Post a Comment