Resepi Nasi Ayam Gemas

Resepi Nasi Ayam Gemas

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 sm halia yang diketuk
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Untuk Nasi
 5 cawan beras
 3 sudu besar butter
 1 cm halia - ditumbuk
 4 ulas bawang putih - ditumbuk
 air rebusan ayam tadi secukupnya
 Sedikit garam.

     Bahan Sos

5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
 2 cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

       Untuk Sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Caranya:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk. 2 sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 – 20 minit. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos - blendkan semua bahan. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar, jika suka.
Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup.

TIPS CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT
Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.
Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.
Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di'goreng' dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.

BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?
Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan bagaimana nak letak gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?
Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).

GULA KARAMEL(untuk Caramel Custard )
75 g gula kaster
120 ml air
Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes